BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 16, 2009

Jangan Tegur



Hujung minggu lepas saya pulang ke rumah kerana sudah lama saya tidak balik ke rumah. Ibu selalu bertanya bila saya hendak pulang. Pada 9hb April, filem terbaru Metrowealth iaitu “Jangan Tegur” telah mula ditayangkan. Ibu teruja untuk melihat filem itu (dalam hati,saya pun nk tengok gak) hehehe…


Ibu nak tengok pada hari Sabtu tapi dia kata kalau tengok wayang hari ini, tak dapat la nak tengok AF. Lastnya, kitorang tengok jela AF. Kesian SIDI, perjalanannya sudah berakhir...bersabar la ye…(dalam hati suke bile SIDI keluar)..jahat betul aku ni… tapi malam itu banyak improvement dalam persembahan pelajar2.. terutamanya ARIL dan HAFIZ… wah2.. bukan main mesra ARIL dgn MARSHA… hehehe… tapi cara penyampaian lagu tu sangat berkesan… well done ARIL…


Opss, lupa pulak cerite pasal ibu yang nak sangat tengok wayang…hehehe… kita sambung balik ye…hari Ahad pun x dapat tengok gak sebab anak sulung ibu (sayalah orangnya) nak tengok pula ABPBH08…ibu frust lagi…maafkan anakmu ini ya ibu…hehehe
Pada malam yang gilang-gemilang itu, pemenang2 untuk kebanyakkan kategori semua saya dah agak…ye2,nabil menang!!! Stacy pun menang juga..tahniah kepada Nabil kerana memenangi Anugerah Bintang Popular 2008 (nabil, scene kamu peluk Irma da kecoh beb). Hehehe… pandai2 la ko jawap…


Hari yang ditunggu2 ibu dah datang..akhirnya malam Isnin tu dapat la ibu tengok filem “Jangan Tegur”.. biasalah pada hari kerje,tak ramai yang datang tengok wayang.. adalah dalam 20-30 orang sahaja di dalam panggung yang besar itu…saya pandang kiri kanan, wah…sikitnya orang… ni yang buat aku lagi takut (tiba2 teringat kat batman tuk datang temani aku…wei,takde kena-mengenalah nana)…hahaha..best gak cerita tu kalau dibandingkan dengan cerita “Jangan Pandang Belakang”. Well done kepada produksi filem yang bertungkus lumus untuk filem ini…saya beri 4 dari 5 bintang untuk filem ini…hehehe…cukuplah kan… ibu pun tersenyum riang kerana akhirnya dapat gak dia tengok cerita tu sampai aku sendiri pun takut nak tegur…bak kata David Teo… “Jangan Tegur”… hehehe

2 comments:

Anonymous said...

weyh nana...

aku pikir kau mau wat review pasal filem jangan tegur~!!

chet~!!

haha..

NaNa LuV said...

lum lg la ana...
pnt seyh nk tulis...
huhuhu...
*wink*