BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 25, 2009

RENUNGKAN....


Renungkan..
Dalam hidup kita...
Tuhan akan bagi peluang untuk kita
Berjumpa dengan orang yang betul-betul
Kita sayang...
Tapi hanya sekali..

Sekiranya kita leka
Kita akan kehilangannya buat selamanya
Tapi kita tak pernah tahu siapa orangnya
Jika kita sendiri tak pernah sedar
Dan tak pernah cuba untuk menilai kehadirannya

Mungkin setelah segalanya berlalu
Barulah kita mula sedar yang mungkin
Kita tak berpeluang untuk memilikinya semula
Untuk selamanya..

Wednesday, April 22, 2009

Untuk Ana...



Ana...

Sinopsis filem "Jangan Tegur" ni khas untuk ko...


Natasya (Julia Ziegler) terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberape minggu. Sewaktu sedang koma, Natasya didatangi mimpi tentang seorang gadis bernama Baizura(Nadia Mustapha) yang hilang dua tahun secara misteri...


Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang dialami oleh Baizura..


Hal itu merunsingkan suami Natasya iaitu Kamal (Pierre Andre), seorang yang tidak mempercayai khurafat sehinggalah dia melihatnya sendiri...


Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatanyang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menggangu Baizura seperti dalam mimpinya...


Penyiasatan Natasya berjaya merungkai punca kematian Baizura tetapi membawa dirinya ke dalam satu lagi masalah yang lebih besar apabila dia sendiri dirasuk...



Tulah seba sedikit sinopsis filem "Jangan Tegur"...


Aku tak boleh citer lebih2...


Tengok la sendiri...


Sure tak rugi...


Lagi best dari "Jangan Pandang Belakang"


Kepada yang terasa dengan komen saya tentang filem "JPB", saya minta maaf...Ini adalah comment yang jujur dari saya...Maaf sekali lagi...


P/s: Ana...ni khas tuk ko tau...hope ko puas hati...



Thursday, April 16, 2009

Jangan Tegur



Hujung minggu lepas saya pulang ke rumah kerana sudah lama saya tidak balik ke rumah. Ibu selalu bertanya bila saya hendak pulang. Pada 9hb April, filem terbaru Metrowealth iaitu “Jangan Tegur” telah mula ditayangkan. Ibu teruja untuk melihat filem itu (dalam hati,saya pun nk tengok gak) hehehe…


Ibu nak tengok pada hari Sabtu tapi dia kata kalau tengok wayang hari ini, tak dapat la nak tengok AF. Lastnya, kitorang tengok jela AF. Kesian SIDI, perjalanannya sudah berakhir...bersabar la ye…(dalam hati suke bile SIDI keluar)..jahat betul aku ni… tapi malam itu banyak improvement dalam persembahan pelajar2.. terutamanya ARIL dan HAFIZ… wah2.. bukan main mesra ARIL dgn MARSHA… hehehe… tapi cara penyampaian lagu tu sangat berkesan… well done ARIL…


Opss, lupa pulak cerite pasal ibu yang nak sangat tengok wayang…hehehe… kita sambung balik ye…hari Ahad pun x dapat tengok gak sebab anak sulung ibu (sayalah orangnya) nak tengok pula ABPBH08…ibu frust lagi…maafkan anakmu ini ya ibu…hehehe
Pada malam yang gilang-gemilang itu, pemenang2 untuk kebanyakkan kategori semua saya dah agak…ye2,nabil menang!!! Stacy pun menang juga..tahniah kepada Nabil kerana memenangi Anugerah Bintang Popular 2008 (nabil, scene kamu peluk Irma da kecoh beb). Hehehe… pandai2 la ko jawap…


Hari yang ditunggu2 ibu dah datang..akhirnya malam Isnin tu dapat la ibu tengok filem “Jangan Tegur”.. biasalah pada hari kerje,tak ramai yang datang tengok wayang.. adalah dalam 20-30 orang sahaja di dalam panggung yang besar itu…saya pandang kiri kanan, wah…sikitnya orang… ni yang buat aku lagi takut (tiba2 teringat kat batman tuk datang temani aku…wei,takde kena-mengenalah nana)…hahaha..best gak cerita tu kalau dibandingkan dengan cerita “Jangan Pandang Belakang”. Well done kepada produksi filem yang bertungkus lumus untuk filem ini…saya beri 4 dari 5 bintang untuk filem ini…hehehe…cukuplah kan… ibu pun tersenyum riang kerana akhirnya dapat gak dia tengok cerita tu sampai aku sendiri pun takut nak tegur…bak kata David Teo… “Jangan Tegur”… hehehe

Thursday, April 9, 2009

ENGLISH BLOG

hye...bertemu kembali...
semasa membuat blog ini,tiba-tiba saya teringat semasa saya berada dalam semester 2, saya mempunyai satu blog english yang saya buat untuk subject BEL..saya buka blog itu dan saya terkejut kerana blog itu masih lagi aktif...dan saya terfikir kenapa tidak saya tulis untuk kedua-duanya sekali...ini sesuatu yang menarik...jika ada masa, jenguk2 la english blog saya di www.nana46549.blogspot.com

Penantian Untuk Sahabat

Diberi oleh sahabat baikku semasa di tingkatan 3

Sahabat...
Mencarinya tidak mudah disangka...
Kegagalan dalam hubungan persahabatan...
Bagai tertelan hempedu yang kian busuk...
Dan...
Aku tidak mahu hatiku yang nipis ini mencair dan menangis lagi...

Mengapakah sukar...
Sukar untuk mencari seseorang yang digelar sahabat...
Aku menoleh hari-hari kelmarin yang aku lewati...
Mungkin dihari-hari itulah penantianku ternoktah...

Kini...
Kata-kata yang melantun dari mulut kecilnya itu dulu...
Tersangkut diranting- ranting kenangan...
Mengapakah "perpisahan" yang kau
Lontarkan kegegendangku...
Di saat itu aku sangat memerlukan
Kasih dari seorang sahabat...
Kenangan dan harapan yang dibina berkecai sudah...

Pabila malam terus memanjat usia...
Fikiranku makin kabur...
Kabur dengan satu penantian...
Dan menunggu bila masanya sahabat sejati akan hadir...

Seringkas perkatan "pasrah"...
Tidak semudah untuk menanggungnya...
Tidakkah cebisan belas dipenjuru hati
Kemanusiaannya?...

Kini aku semakin diamuk resah...
Kerna tiada seorang yang dapat memahami...
Betapa intimnya hubungan aku dan dia...
Mereka sering...
Sering memprotes hubungan kami...
Melirikkan senyuman yang hambar...
Mungkinkah ini balasanku terhadap
Kedegilan sikapku dulu...

Kini...Kata-kata sumbang itu
Ku ibaratkan permainan...
Kadang kala tanpa disedari
Manik putih jatuh menempias dipipiku...

Walau sepahit hempedu...
Aku masih merelakan air mataku
Luhur ke atas bumi ini...
Selagi tidah ku jumpai noktah penantianku!!..

Mulanya Disini

Ini adalah kali pertama saya menulis di dalam blog.. Kiranya saya adalah ahli baru di dalam penulisan blog.. Jadi,saya berharap agar "orang lama" sudi memberi pandangan dan juga nasihat kepada saya..