BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 3, 2009

UNTUK SELAMAMYA

UNTUK SELAMANYA

Andainya ku pergi
Usah disesali
Kerana ku sangsi
Adakah cinta masih di sini

Andainya kau tahu
Ku mencintaimu
Ku pasti dirimu
Tak akan tega melukaiku

Sampai bila akan begini
Menyimpan rahsia hati
Relakanlah aku pergi
Walau cinta masih di hati
Dan airmata menemani
Langkahku yang semakin tak pasti
Membawa kelukaan ini

Bila sampai waktu nanti
Ku harap kau kan mengerti
Mungkin bahagia atau derita
Takdir ku terima

Tuhan tunjukkanlah
Cahaya kebenaran
Kenangan bersamamu
Kan bersemadi
Untuk selamanya


Ini adalah lagu yang dinyanyikan oleh dato' Siti Nurhaliza untuk tema filem Laila Isabella...
ape yang aku rasakan bila aku mendengar lagu ini dan menghayati liriknya adalah rasa sayang yang sukar diungkapkan atau dilafazkan...
dan akan menjadi suatu sesalan bila orang itu pergi meninggalkan kita...
aku akui kadang kala sukar untuk melafazkan sayang kerana takut akan kesannya terhadap hidup kita...
dan aku akui situasi ini yang sedang melanda aku sekarang...
aku takut perubahan berlaku antara aku dan dia kerana aku dan dia berkawan baik...
mungkin suatu hari nanti aku akan bagitau dia segalanya...

Saturday, July 18, 2009

SEINDAH DAN SEDINGIN

Seindah puisi kukarang
Seindah itulah hatiku…
Tetapi ku tak menduga ianya
Hanya untuk sementara…

Seindah kata-kata yang kau lafazkan
Seindah impian yang ku bina…
Tapi malang impian yang indah…
Diakhiri dengan desedihan dan kekecewaan…

Sedingin angin bertiup dipantai…
Sedingin itulah hubungan kita…
Tidakku pasti ianya untuk selamanya…
Atau sementara…

Sedingin udara ku hirup…
Sedingin kasih ku nikmati…
Ku mengharap…dimana saja…
Ku dikasihi…dan dihargai…


*puisi ini dikarang oleh seseorang yang aku hargai dan puisi ini aku tujukan kepada seseorang yang aku sayangi...

Thursday, June 4, 2009

GERAMNYA!!!!!!

22 dan 23 Mei aritu aku g Mlake ngan Epy...
Aku text la Daus a.k.a exboyfriend ak tuk bertanyakn tmpat yang best tuk lepak mlm2..
Ktaorg balas2 la msg...dia pun ok je...
Dia ad bgtau ak yang dia ada paper pg sok tp xde mood nk study...
ak suruh la GF si Daus ni bg semangat ckit...
then Daus ckp yang GF dia ni asik mrh je...
aku suruh la Daus ni pujuk...(dalam hati ade aku kisah)

Sok paginya...
aku wish la good luck kt Daus...
then dia reply n tanya cmne ak tau dia ad paper...
aku bengang tul...
bukan dia yang cakap ke???
kesian2...muda2 lagi da pelupa...
ish2..

Ahad malam ak text dia coz aku ngah bengang ngan someone and aku nk cari seseorang tuk crite...
tetibe dia tanya aku ni "farhana" ke???
takkan dia xknl aku kot...
then dia ckap yang ak ngan msg ngan awek dia...
aku lagi terkejut and the same time ak bingung jap...

pastu dia balas
"actually,i'm not daus..i'm his Gf...da xde laki lain dalam dunia ni ke sampai nk amik hak org??desperate sgt ke???"

ak gler terkejut bile dpt msg tu...
aku balas la blik...aku bgtau dia yang aku xde niat pun nk rampas hak dia..aku ckp yang ak da ad BF...bukan stakat BF tapi ad GF lagi...saje je aku bakar dia...

then dia balas
"kalo da ad BF and GF..jage sndiri punya la...i da ad bf pun xmsg ngan boy lain...i know everythings about tou...kalo daus btul2 syg kt awak, dia akn pilih awak and saye ngan rela hati lepaskn dia..."

aku betul2 hangin time tu...ade ke dia nk samekan ak ngan dia...kalo dia xmsg ngan boy lain...dia punye pasal la...
apehal lak nk suruh aku ikut cm dia...kalo dia tau sume pasal aku pun blum tntu sume yang dia tau tu btul...ntah ape si daus tu cakap pasal ku...geram tul

aku pun balas la balik...aku cakap
"kalo daus nk i skali pun,i xnk la...wat sakit ati je ngan player cam daus tu...u jge la dia baik2...jgn smpi dia wat perangai lagi"

aku tul2 bengang la ngan minah ni...suke2 dia je nk serang org...
ish..xpaham tul la...
ingat aku nk sgt kt daus player tu...
rmai lagi la laki dalam dunia ni...

GERAM NYA!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, May 3, 2009

UNTUK TERAKHIR KALI...


Arini ak, maz, ana, nawwa, ara dan hani menghabiskan setengah hari bersuka ria di town...(padahal sgmt je)...
tp disini la kenangan kitaorg yang paling best...

Sahim(dak yang sewa kreta) anta kreta da la lmbt...
perut ktaorg da nyanyi lgu "joget lambak" ni...
bile dpt je kreta, laju je g Pizza trus...
mmg lapar tahap dewa seyh...hihihi

msuk je dlm Pizza...
trus je ktorg order tanpe mengmbil mse yang lme tuk fkr ape yg ktorg nk mkn..
truk tul la ktorg...

lpas je mkn...
bnda yg plg pnting ktorg wat mstilah....
"picture time"....
yeah....
bab ni yg pling aku suke...


Di Pizza hut


lepas mengisi perut yg kosong...
ktorg g tmpat yg wajib dilawati kalo g outing...
karaoke time...
cam2 lagu ktorg nyanyi....
abis suare aku hilang...hihihi...

da pnt nyanyi...da kenyang perut...
ktorg g Billion jap cz ak ad bnda nk dibeli...
tetibe nawwa usha2 kdai silver...
tetibe timbul idea nk beli cincin yang sme...
sbgi tnda persahabatan...



Tanda Persahabatan



Bila bercakap tentang persahabatan
adakalanya sukar untuk kita bertemu dengan sahabat yang sekepala dengan kita
tapi, adanya KAMI...
membuktikan bahawa tidak semestinya
orang yang tidak sekepala tidak boleh menjadi kawan yang rapat...
kerana lainnya perangai dan sikap
akan menjadikn hubungan itu penuh dengan keceriaan...
walaupun kami banyak kerenah dan sikap yang berbeza...
itulah yang menjadikan kami lebih rapat...

5 April 2009 adalah hari terakhir kami akan berjumpa...
kerana maz, ana, nawwa dan ara akan meninggalkan UiTM ini..
mereka telah tamat dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan segulung diploma...
tahniah kepada mereka...
ak doakn korang akan terus success dalam ape jua yang mereka lakukan...
dan dilindungi ALLAH selalu....

dan ak harap persahabatan kita ni akan kekal hingga ke ahkir hayat...
aku sayang korang sume...
ak akn slalu ingat kenangan kite bersama...
ak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...
kalo aku ad sakitkan ati korang sume...

Salam Sayang Dari NANA.....

NAK NANGIS~!!!!

Arini ak ad paper FAR300...
Da la gap cme dua hari je dr paper TAX...
Adoiyai...
Cam nk pecah kpala seyh...

Bile dpt question paper...
Mak eyh...
Susah gler beb...
Xtau nk target dpt grade ape...
cme hope lulus la...

So...
Ak nk kuar g enjoy jap ngan kwn2...
hehehe...
Sebenarnya nk g mkn je ngan dak2 yang nk grad ni...
last meeting la kononnya...
Tp aku sedih la...
Tinggal la aku sorang2 dalam bilik ni...
xde yang menemani...(cam lirik lagu je...)
Ape2 la...
jnji aku enjoy...

Saturday, April 25, 2009

RENUNGKAN....


Renungkan..
Dalam hidup kita...
Tuhan akan bagi peluang untuk kita
Berjumpa dengan orang yang betul-betul
Kita sayang...
Tapi hanya sekali..

Sekiranya kita leka
Kita akan kehilangannya buat selamanya
Tapi kita tak pernah tahu siapa orangnya
Jika kita sendiri tak pernah sedar
Dan tak pernah cuba untuk menilai kehadirannya

Mungkin setelah segalanya berlalu
Barulah kita mula sedar yang mungkin
Kita tak berpeluang untuk memilikinya semula
Untuk selamanya..

Wednesday, April 22, 2009

Untuk Ana...



Ana...

Sinopsis filem "Jangan Tegur" ni khas untuk ko...


Natasya (Julia Ziegler) terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberape minggu. Sewaktu sedang koma, Natasya didatangi mimpi tentang seorang gadis bernama Baizura(Nadia Mustapha) yang hilang dua tahun secara misteri...


Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang dialami oleh Baizura..


Hal itu merunsingkan suami Natasya iaitu Kamal (Pierre Andre), seorang yang tidak mempercayai khurafat sehinggalah dia melihatnya sendiri...


Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatanyang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menggangu Baizura seperti dalam mimpinya...


Penyiasatan Natasya berjaya merungkai punca kematian Baizura tetapi membawa dirinya ke dalam satu lagi masalah yang lebih besar apabila dia sendiri dirasuk...



Tulah seba sedikit sinopsis filem "Jangan Tegur"...


Aku tak boleh citer lebih2...


Tengok la sendiri...


Sure tak rugi...


Lagi best dari "Jangan Pandang Belakang"


Kepada yang terasa dengan komen saya tentang filem "JPB", saya minta maaf...Ini adalah comment yang jujur dari saya...Maaf sekali lagi...


P/s: Ana...ni khas tuk ko tau...hope ko puas hati...



Thursday, April 16, 2009

Jangan Tegur



Hujung minggu lepas saya pulang ke rumah kerana sudah lama saya tidak balik ke rumah. Ibu selalu bertanya bila saya hendak pulang. Pada 9hb April, filem terbaru Metrowealth iaitu “Jangan Tegur” telah mula ditayangkan. Ibu teruja untuk melihat filem itu (dalam hati,saya pun nk tengok gak) hehehe…


Ibu nak tengok pada hari Sabtu tapi dia kata kalau tengok wayang hari ini, tak dapat la nak tengok AF. Lastnya, kitorang tengok jela AF. Kesian SIDI, perjalanannya sudah berakhir...bersabar la ye…(dalam hati suke bile SIDI keluar)..jahat betul aku ni… tapi malam itu banyak improvement dalam persembahan pelajar2.. terutamanya ARIL dan HAFIZ… wah2.. bukan main mesra ARIL dgn MARSHA… hehehe… tapi cara penyampaian lagu tu sangat berkesan… well done ARIL…


Opss, lupa pulak cerite pasal ibu yang nak sangat tengok wayang…hehehe… kita sambung balik ye…hari Ahad pun x dapat tengok gak sebab anak sulung ibu (sayalah orangnya) nak tengok pula ABPBH08…ibu frust lagi…maafkan anakmu ini ya ibu…hehehe
Pada malam yang gilang-gemilang itu, pemenang2 untuk kebanyakkan kategori semua saya dah agak…ye2,nabil menang!!! Stacy pun menang juga..tahniah kepada Nabil kerana memenangi Anugerah Bintang Popular 2008 (nabil, scene kamu peluk Irma da kecoh beb). Hehehe… pandai2 la ko jawap…


Hari yang ditunggu2 ibu dah datang..akhirnya malam Isnin tu dapat la ibu tengok filem “Jangan Tegur”.. biasalah pada hari kerje,tak ramai yang datang tengok wayang.. adalah dalam 20-30 orang sahaja di dalam panggung yang besar itu…saya pandang kiri kanan, wah…sikitnya orang… ni yang buat aku lagi takut (tiba2 teringat kat batman tuk datang temani aku…wei,takde kena-mengenalah nana)…hahaha..best gak cerita tu kalau dibandingkan dengan cerita “Jangan Pandang Belakang”. Well done kepada produksi filem yang bertungkus lumus untuk filem ini…saya beri 4 dari 5 bintang untuk filem ini…hehehe…cukuplah kan… ibu pun tersenyum riang kerana akhirnya dapat gak dia tengok cerita tu sampai aku sendiri pun takut nak tegur…bak kata David Teo… “Jangan Tegur”… hehehe

Thursday, April 9, 2009

ENGLISH BLOG

hye...bertemu kembali...
semasa membuat blog ini,tiba-tiba saya teringat semasa saya berada dalam semester 2, saya mempunyai satu blog english yang saya buat untuk subject BEL..saya buka blog itu dan saya terkejut kerana blog itu masih lagi aktif...dan saya terfikir kenapa tidak saya tulis untuk kedua-duanya sekali...ini sesuatu yang menarik...jika ada masa, jenguk2 la english blog saya di www.nana46549.blogspot.com

Penantian Untuk Sahabat

Diberi oleh sahabat baikku semasa di tingkatan 3

Sahabat...
Mencarinya tidak mudah disangka...
Kegagalan dalam hubungan persahabatan...
Bagai tertelan hempedu yang kian busuk...
Dan...
Aku tidak mahu hatiku yang nipis ini mencair dan menangis lagi...

Mengapakah sukar...
Sukar untuk mencari seseorang yang digelar sahabat...
Aku menoleh hari-hari kelmarin yang aku lewati...
Mungkin dihari-hari itulah penantianku ternoktah...

Kini...
Kata-kata yang melantun dari mulut kecilnya itu dulu...
Tersangkut diranting- ranting kenangan...
Mengapakah "perpisahan" yang kau
Lontarkan kegegendangku...
Di saat itu aku sangat memerlukan
Kasih dari seorang sahabat...
Kenangan dan harapan yang dibina berkecai sudah...

Pabila malam terus memanjat usia...
Fikiranku makin kabur...
Kabur dengan satu penantian...
Dan menunggu bila masanya sahabat sejati akan hadir...

Seringkas perkatan "pasrah"...
Tidak semudah untuk menanggungnya...
Tidakkah cebisan belas dipenjuru hati
Kemanusiaannya?...

Kini aku semakin diamuk resah...
Kerna tiada seorang yang dapat memahami...
Betapa intimnya hubungan aku dan dia...
Mereka sering...
Sering memprotes hubungan kami...
Melirikkan senyuman yang hambar...
Mungkinkah ini balasanku terhadap
Kedegilan sikapku dulu...

Kini...Kata-kata sumbang itu
Ku ibaratkan permainan...
Kadang kala tanpa disedari
Manik putih jatuh menempias dipipiku...

Walau sepahit hempedu...
Aku masih merelakan air mataku
Luhur ke atas bumi ini...
Selagi tidah ku jumpai noktah penantianku!!..

Mulanya Disini

Ini adalah kali pertama saya menulis di dalam blog.. Kiranya saya adalah ahli baru di dalam penulisan blog.. Jadi,saya berharap agar "orang lama" sudi memberi pandangan dan juga nasihat kepada saya..